The Mirror melaporkan Nicole mahu memberikan sokongan kepada kerjaya kekasihnya sebagai pemandu F1 selain menghadiri perlumbaan yang disertai Lewis.
Alasan lain Nicole meninggalkan tugas sebagai juri program berkenaan adalah bagi mempromosikan album solo pertamanya bersama syarikat rakaman Sony Music.
Dilaporkan bekas vokalis kumpulan Pussycat Doll itu menandatangani perjanjian bernilai jutaan dolar bersama syarikat berkenaan.