PENYANYI Lily Allen tanpa berselindung menyifatkan lagu terbaharunya berjudul Air Balloon sebagai 'sampah' dan tidak menyalahkan peminatnya yang tidak menyukai karya terbaharunya itu. Lily menegaskan dia telah memberikan yang terbaik namun pihak syarikat rakaman membuat keputusan untuk melancarkan lagu tersebut sebagai single pertama album terbaharunya yang akan berada di pasaran Mei depan. "Apa yang anda dengar dan rasakan adalah benar (tentang lagu itu). Saya telah berusaha memberikan terbaik namun pihak label tidak akan memilih lagu yang lebih baik untuk dilancarkan," katanya menerusi laman Twitter. Lily berkata demikian bagi menjawab kritikan peminatnya yang rata-rata tidak menyukai lagu tersebut.