Menurut laporan portal Dailymail, bintang program Keeping Up With The Kardashians itu dikatakan telah menjalani pembedahan hidung dan bibir.
Selain itu Kylie juga dikatakan telah membuat suntikan botoks.
Bagaimanapun jurucakap selebriti itu menafikan berita tersebut dan menyifatkan gosip itu langsung tidak masuk akal.
"Berita itu langsung tidak masuk akal sama sekali dan ianya tidak benar," kata jurucakap tersebut.
Sebelum Kylie, Kim Kardashian, Kloe dan Bruce Jenner turut dikhabarkan menjalani pembedahan tersebut.