Portal Soompi melaporkan Dong Gun turut menyampaikan lagu-lagu daripada album terdahulunya iaitu Sad Goodbye pada acara itu dan ia mendapat tepukan gemuruh daripada peminat.
Dong Gun baharu sahaja menyiapkan lagu Oh I Love You beberapa minggu lalu dan itu adalah kali pertama dia mempersembahkan lagu itu.
Dalam pada itu, Dong Gun berkata, dia bercadang untuk melancarkan album terbaharunya pada tahun ini dan berharap peminat akan memberi sokongan kepada keputusannya untuk kembali bergelar penyanyi.
Selain di Korea, nama Dong Gun turut terkenal di Jepun selepas dua buah drama lakonannya iaitu Lovers in Paris dan Sweet 18 mendapat sambutan hangat di negara itu.
Pelakon itu juga baharu sahaja muncul dengan drama terbaharu iaitu Marry Him If You Dare yang turut mendapat sambutan menggalakkan di Jepun.