Menurut laporan Soompi, Woo Bin mengalirkan air mata apabila para peminatnya menyediakan sebuah video ucapan khas buatnya bagi menghargai pelakon itu.
Malah pada majlis tersebut Woo Bin turut menyampaikan sebuah lagu kepada para peminatnya berjudul It's Fortune dan menghabiskan masa selama tiga jam bersama mereka.
"Terima kasih atas sokongan anda selama ini dan saya sayangkan anda semua," katanya.