suria

Hrithik & Isteri Masih Berbaik Walaupun Berpisah

Hrithik dan Sussane masih lagi baik demi anak-anak mereka.

MESKIPUN sudah berpisah, hubungan Hrithik Roshan dengan isterinya, Sussane masih lagi baik terutamanya apabila berkaitan dengan urusan anak, kedua-duanya bersikap seolah-olah tiada masalah di antara mereka.

Menurut laporan apunkachoice.com, Hrithik dan Sussane sama-sama telah meraikan hari jadi anak sulung mereka, Hrehaan Roshan yang ketujuh tahun.

"Majlis hari jadi itu bertemanakan taman dan semua itu dianjurkan sendiri oleh Sussane dan Hrithik," kata sumber.

Walaupun Hrithik dan Sussane tidak lagi duduk serumah, namun pasangan itu belum bercerai secara rasmi.

Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Hridhaan, berumur lima tahun.
.

Hrithik Roshan, Sussane, Hrehaan, Cerai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain