DRAMA popular Korea iaitu Full House yang menjadi fenomena 10 tahun lalu dilaporkan akan diadaptasi sebagai sebuah drama muzikal. Portal Soompi melaporkan, Full House The Musical itu bakal dibintangi oleh bintang terkenal seperti Yoseob B2ST, Eunji A Pink dan Leo VIXX. Full House mengisahkan mengenai seorang pelakon popular bernama Lee Young Jae yang terpaksa berkongsi rumah dengan seorang penulis, Han Ji Eun sehingga menimbulkan pelbagai kekecohan. Pernikahan kontrak di antara mereka akhirnya menerbitkan rasa cinta pada diri masing-masing dengan pelbagai kisah lucu. Untuk edisi terbaharu itu, pelakon Yoseob, Leo, Kim San Ho dan Seo Ha Joon disebut-sebut akan memainkan peranan sebagai Lee Young Jae yang pernah digalas oleh Rain. Manakala bagi watak Han Ji Eun diberikan kepada Song Hye Gyo. Full House The Musical akan dipentaskan di Hongik Daehakro Art Centre Grand Theater bermula 11 April 2014.