BINTANG Kylie Jenner berasa kecewa dengan khabar angin yang mendakwa dia telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Gadis berusia 16 tahun ini sering memuat naik gambar selfie dan disebabkan perkara itu segelintir pengguna laman sosial menuduhnya melakukan pembedahan plastik. Seperti dipetik daripada Dailymail, Kylie menafikan dakwaan itu melalui akaun Twitter miliknya. Dia mengakui sakit hati atas tuduhan tersebut yang dianggap sebagai satu hinaan. Tambahnya, dia baharu sahaja berumur 16 tahun dan tidak perlukan sebarang pembedahan plastik untuk memiliki wajah yang cantik.