suria

Hilary Duff & Mike Comrie Kembali Bersama

Sejak bercuti bersama selepas lima minggu berpisah, hubungan Hillary dan Mike dilihat semakin pulih.
PELAKON dan penyanyi Hillary Duff buat pertama kalinya muncul di hadapan khalayak bersama suaminya, Mike Comrie semasa Festival Muzik Coachella berlangsung minggu lalu.

Radar Online melaporkan pasangan itu kelihatan ceria dan sentiasa berpegangan tangan sepanjang berada di festival itu dan turut ditemani dua lagi teman.

"Tidak nampak sebarang masalah di antara mereka dan pasangan itu kelihatan begitu bahagia dan gembira bersama," kata sumber.

Hillary pada Januari lalu mengumumkan dia dan suaminya mengambil keputusan untuk berpisah kerana tidak lagi mempunyai persefahaman dalam rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki berusia dua tahun iaitu Luca.

Bagaimanapun pada Februari lalu, pasangan berkenaan dilaporkan bercuti di Pulau Bermuda selepas lima minggu berpisah dan hubungan mereka kelihatan semakin baik sejak itu.

Sementara itu, jurucakap Hillary enggan mengulas mengenai perkembangan terbaharu pasangan berkenaan buat masa ini.

 

Hillary Duff, Mike Comrie.

Artikel Berikut

Artikel Lain