suria

Ibu Gembira Hubungan Julia Perez, Kekasih Putus

Hubungan Julia Perez dan kekasihnya Gaston Castano kini bermasalah.
IBU kepada pelakon Indonesia Julia Perez iaitu Sri Wulansih mendedahkan sejak awal lagi tidak merestui hubungan anaknya dengan pemain bola sepak, Gaston Castano.

Menurut Sri, dia sudah menjangkakan bahawa hubungan tersebut tidak kekal lama dan berasa amat lega dengan khabar hubungan mereka bermasalah.

"Dari awal saya tidak suka mungkin sebagai ibu saya ada rasa tersendiri tentang hubungan tersebut.

"Saya tidak membantah hubungan itu kerana Jelia terlalu mencintai pemain bola sepak itu, maka sebagai ibu saya ikutkan sahaja pilihan dia.

"Dulu mereka pernah berantakan juga tetapi akhirnya kembali semua, jadi saya hanya tunggu sahaja berita daripada mulutnya sendiri," katanya seperti dipetik Detikhot.com

Sebelum ini, Julia pernah mengatakan ibunya tidak gembira dengan hubungan cintanya, namun tidak pernah menghalang.


Indonesia, Julia Perez

Artikel Berikut

Artikel Lain