Menurut laporan Dailymail, berdasarkan undian yang dibuat, The Dutchess of Cambridge itu mendapat undian tertinggi mengalahkan model Kate Moss sebagai wanita yang paling bergaya.
Isteri kepada Putera William itu mendapat undian sebanyak 21 peratus manakala Moss hanya berada di tangga kelapan apabila dia hanya meraih empat peratus undian.
Selain itu, Holly Willoughby berada di kedudukan kedua di bawah Kate dengan meraih 13 peratus undian diikuti Cheryl Cole yang mendapat sembilan peratus.
Dailymail turut menyifatkan Kate layak bergelar ikon fesyen kerana dia bukan sekadar hebat bergaya tetapi penampilannya penuh elegan tanpa memerlukan elemen yang mendedahkan tubuh badannya.