suria

Miranda Kerr Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Keluarga Miranda Kerr membuat kejutan apabila mereka telah membuat kenyataan media mengenai wanita itu yang enggan berjumpa dengan mereka.

SELEPAS lebih setahun dikatakan mengabaikan keluarga, akhirnya Miranda Kerr membawa perkhabaran baik apabila dia sudah kembali ke pangkuan mereka.

Menerusi temubual dengan program Sunrise, dia berjumpa dengan keluarganya di Australia beberapa hari lalu.

"Saya sudah bertemu dengan keluarga saya dan kami sudah pun berbaik," katanya.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada aktor Orlando Bloom juga disoal mengenai reaksinya apabila keluarga membuat kenyataan media meminta dia pulang, namun dia enggan menjawab hal itu.

"Pertanyaan itu harus ditanyakan kepada mereka, bukan saya," ujarnya.

Tahun lalu, keluarga Miranda muncul menerusi salah sebuah stesen televisyen di Australia sambil mengaku telah diabaikan oleh Miranda dan memintanya untuk pulang ke pangkuan mereka.

Miranda Kerr

Artikel Lain