suria

Pelakon 'Winter Sonata' Nafi Bakal Berkahwin

Nama Bae Yong Joon pernah menjadi fenomena apabila drama lakonannya 'Winter Sonata' menjadi kegilaan peminat.
PELAKON drama bersiri popular Winter Sonata iaitu Bae Yong Joon menafikan laporan media kunjungannya ke Pulau Jeju di Korea Selatan baru-baru ini untuk menjalani penggambaran foto pra-perkahwinannya dengan tunangnya, Go So Hee.

Portal Soompi melaporkan pemergian Yong Joon, 42, ke pulau tersebut adalah untuk meraikan kejayaan drama bersiri Inspiring Generation yang turut dibintangi oleh pelakon didikannya, Kim Hyun Joong.

"Pemergian Yong Joon ke sana bukan untuk mengambil foto perkahwinan seperti didakwa tetapi meraikan kejayaan drama lakonan Hyun Joong yang berjaya mendapat sambutan hangat peminat," jelas wakil syarikat pengurusannya iaitu KeyEast Entertainment menerusi satu kenyataan.

Menerusi kenyataan itu juga, tunang Yong Joon tidak ikut bersama pada lawatan tersebut dan turut menafikan perkhabaran pasangan itu bakal berkahwin pada bulan Jun ini.

"Mereka masih lagi bersama sebagai pasangan tetapi masih belum memutuskan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini," kata kenyataan itu lagi.

Go So Hee adalah anak kedua kepada presiden sebuah syarikat terkemuka di Korea Selatan dan mereka dikatakan telah menjalinkan percintaan selama beberapa tahun.

Artikel Lain