BIARPUN kurang mendapat publisiti daripada media cetak dan elektronik, selebriti hartawan Paris Hilton kini menggunakan laman sosial Instagram untuk berkomunikasi dengan peminatnya. Paris yang sering menimbulkan pelbagai kontroversi kali ini menggunakan medium tersebut untuk terus menarik perhatian masyarakat. Baru-baru ini dia memuat naik gambar-gambar tanpa pakaian bersama patung beruang sebelum berangkat ke Festival Filem Cannes 2014 di Perancis. "Selamat pagi semua, semoga hari anda indah. Salam sayang daripada saya dan Teddy," tulisnya pada gambar tersebut. Gambar tersebut juga menjadi bahan kritikan pengikutnya laman sosial itu.