suria

Peminat Serang Dua Ahli AKB48 Dengan Gergaji

Rina dan Anna mengalami kecederaan dibahagian jari dan lengan akibat serangan itu.
DUA anggota kumpulan AKB48 iaitu Rina dan Anna dilaporkan diserang oleh seorang lelaki yang juga peminat fanatik mereka dengan sebilah gergaji ketika mereka sedang leka melayan peminat di Tokyo, Jepun.

Portal Soompi melaporkan lelaki berusia 24 tahun itu berada dalam barisan untuk bertemu penyanyi tersebut sebelum tiba-tiba mengeluarkan gergaji dan menyerang kedua-dua ahli kumpulan AKB48.

Akibat kejadian itu, Rina dan Anna mengalami kecederaan di bahagian jari dan lengan mereka kerana tidak sempat mengelak daripada serangan berkenaan.

Rina dan Anna ditemui pemberita selepas dibenarkan keluar daripada hospital.

Bagaimanapun keadaan mereka kini dilaporkan stabil dan ditempatkan disebuah hospital di Tokyo.

Lelaki yang dikenali sebagai Satoru Umeta itu berjaya ditangkap oleh pihak polis yang berada di kawasan tersebut dan akan dihadapkan ke mahkamah atas cubaan membunuh.

AKB48 berada di Tokyo untuk mempromosikan album terbaharu mereka yang dilancarkan pada awal bulan ini.

AKB48, Serang, Gergaji.

Artikel Berikut

Artikel Lain