KEBELAKANGAN ini, terlalu banyak berita-berita negatif mengenai Miley Cyrus, lebih-lebih lagi selepas berpisah dengan bekas tunangnya, Liam Hemsworth. Bagaimanapun, menurut laporan Entertainment Wise, Liam rupanya masih mengambil berat perihal masalah Miley dan dia risau dengan sikap penyanyi itu yang semakin liar. "Liam begitu risau dengan keadaan Miley yang suka berpesta liar. Lebih teruk lagi ramai yang tidak henti-henti menkritik perilaku wanita itu yang dianggap perosak golongan remaja. Foto Miley dan Liam ketika masih bersama lagi. "Dalam pada itu Liam turut risau apabila mendapat tahu Miley telah dibawa ke pusat pemulihan dan ingin tahu keadaan Miley ketika itu," kata sumber. Pasangan itu pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2009 selepas digandingkan bersama dalam filem Last Song. Bagaimanapun hubungan mereka berakhir pada awal tahun 2013.