suria

Doktor Beli Rumah Whitney Houston RM4.8 Juta

Whitney Houston
HARTANAH milik mendiang Whitney Houston di Mendham Township, New Jersey, Amerika Syarikat berjaya dijual kepada seorang peminatnya dengan harga RM4.8 juta (AS$1.5 juta).

Peminat berkenaan, Matthew Krauthamer yang juga seorang doktor tidak berhasrat membuat banyak pengubahsuaian terhadap hartanah itu yang luasnya kira-kira lima ekar.

“Saya akan kekalkan seperti apa yang telah dia lakukan pada hartanah ini. Dia mempunyai banyak kisah cinta selain melayan orang begitu baik. Rumahnya adalah keluarganya.

”Dia sangat murah hati kepada ramai orang dan sanggup membelanjakan kekayaannya untuk mengubahsuai rumah dengan hiasan yang cantik,” katanya seperti dilaporkan NJ.Com.

Rumah berkenaan yang didiami Whitney kira-kira lima tahun sebelum dia ditemui mati akibat dadah pada Februari 2012 mempunyai lima bilik tidur, lima bilik mandi, enam garaj kereta serta pelbagai lampu hiasan.


Ketika bintang itu membeli hartanah berkenaan, mendiang dikatakan telah membuat banyak pengubahsuaian termasuklah menambah sebuah studio rakaman, bilik permainan, bilik media, gelanggang tenis dan kolam renang.

Whitney telah membayar RM8.64 juta (AS$2.7 juta) untuk memiliki rumah berkenaan pada tahun 1987 dan kemudiannya terpaksa dijual oleh syarikat hartanahnya pada Disember tahun lalu.
Whitney Houston

Artikel Lain