Menurut laporan Lollipop, bintang filem Titanic itu didapati sedang berpesta bersama rakan-rakannya di sebuah kelab di Buzios, Brazil.
"Leo benar-benar menghabiskan wangnya untuk berpesta secara mewah dengan rakan-rakannya.
"Malah ketika itu dia juga turut diajar menari bersama wanita-wanita di majlis tersebut," kata sumber.
Sebelum ini aktor tersebut menyewa kapal layar milik wakil Perdana Menteri Arab Saudi, Sheikh Mansour Bin Zayed Al Nahyan yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak Manchester City FC.
Kapal tersebut akan menjadi tempat tinggal Leo sepanjang berada di Brazil.