HUBUNGAN penyanyi Courtney Love dengan Dave Grohl dilaporkan tidak berapa baik. Isteri mendiang Kurt Cobain ini seringkali mendakwa Dave telah mencuri karya suaminya. Bagaimanapun, baru-baru ini Courtney dikatakan cuba mencari jalan pendamaian antara mereka. Dia telah memberi kenyataan bahawa ingin menamatkan persengketaan dengan lelaki itu. "Sudah sampai masanya aku menebus kesalahan dan dosa yang pernah saya buat kepadanya," ujar Courtney. Beberapa bulan lalu, kedua-dua mereka dilihat mesra di majlis Rock and Roll Hall of Fame pada April lalu. Kedua-duanya nampak seperti selesa sambil berbual dengan santai.