TAHUN 2014 memberikan tamparan hebat kepada Exo yang ditimpa pelbagai masalah termasuk keputusan ahlinya, Kris yang bertindak meninggalkan kumpulan tersebut baru-baru ini. Portal Soompi melaporkan, salah seorang anggotanya iaitu Tao yang tertekan dengan situasi tersebut meluahkan perasaannya menerusi laman sosial Weibo untuk dikongsi bersama peminat. "Saya tidak faham mengapa terlalu banyak perkara buruk terjadi tahun ini. Saya mahu semua kejadian ini berakhir dan kembali hidup gembira," katanya. Luahan Tao itu mendapat perhatian luas daripada peminat yang rata-rata bersimpati dengan keadaan ahli termuda Exo itu. Dalam pada itu, biarpun sedang bersedih Tao masih sempat berinteraksi dengan para peminatnya dan berterima kasih kerana sentiasa memberi sokongan padu terhadap kerjayanya.