BARU-BARU ini, nama suami Kendra Wilkinson iaitu Hans Baskett menjadi bualan ramai apabila lelaki itu dikatakan mempunyai skandal dengan wanita lain. Menurut laporan Dailymail, hal tersebut membuatkan Kendra berang dan telah membuang cincin pernikahannya ke dalam tandas. Bagaimanapun sehingga kini Kendra tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut tetapi bekas gadis Playboy itu kini keluar tanpa memakai sebarang cincin. Dalam pada itu, terdapat sumber lain pula berkata cincin itu tidak dibuang cuma ia jarang dipakai sahaja. Terdahulu, satu laporan mendedahkan Hank berselingkuh dengan seorang model transeksual bernama Ava Sabrina sedangkan ketika itu Kendra baru sahaja melahirkan anak kedua.