suria

Jang Geun Suk Gagal Bayar Cukai Pendapatan

SEPULUH selebriti Korea Selatan dikatakan telah disenaraikan oleh pihak berkuasa sebagai gagal membayarkan cukai pendapatan.

Selepas penyanyi dan pelakon popular Rain, kini nama aktor Jang Geun Suk dikatakan turut tersenarai.

Jang Geun Suk dilaporkan tidak membayar cukai pendapatannya terhadap segala aktiviti di luar negara termasuk siri jelajah bertemu peminatnya di negara-negara Asia.

Perkara tersebut dilaporkan oleh stesen televisyen negara itu dengan memberitahu jumlah cukai yang perlu dibayar oleh aktor berkenaan melebihi RM300,000.

Bagaimanapun, pihak pengurusannya Tree J Entertaiment menjelaskan berita tersebut adalah palsu.

"Jang Seun Suk tidak lari daripada kewajipan dan dia tidak pernah ditahah oleh pihak berkuasa berkaitan perkara tersebut," katanya.

Tambah pihak pengurusan tersebut, semua kontrak yang ditandatangani olej Jang Geun Suk untuk aktivitinya adalah secara sah dan dikenakan cukai.
Jang Geun Suk, Kpop

Artikel Berikut

Artikel Lain