Menurut laporan Allkpop, upacara tersebut dilakukan di hadapan kekasihnya, Kim Tae Hee serta keluarganya.
Sementara itu, pihak pengurusan Rain, Cube DC berkata, perancangan aktor itu untuk dibaptiskan sudah lama ingin dilakukan.
Bagaimanapun pihak pengurusan itu enggan mengulas lanjut mengenai perancangan kahwin Rain dengan Tae Hee.
"Jangan membuat spekulasi yang berlebihan soal ini (perkahwinan)," kata jurucakap Cube DC.