suria

Jennifer Lawrence & Nicholas Hoult Putus Cinta Lagi

Nicholas dan Jennifer sekali lagi memutuskan hubungan cinta mereka.

NAMPAKNYA jalinan cinta semula yang dilakukan pasangan Jennifer Lawrence dan Nicholas Hoult tidak berjaya apabila mereka sekali lagi memutuskan hubungan.

Menurut laporan E! Online, perpisahan pasangan itu berpunca daripada kesibukan kerjaya masing-masing sehingga mereka tidak sempat meluangkan masa bersama.

"Mereka banyak menghabiskan waktu dengan kerja dan ini menjadi hal yang sangat sulit buat mereka," kata sumber.

Ini bukan pertama kali Jennifer dan Nicholas berpisah. Malah sejak menjalinkan hubungan beberapa tahun lalu, pasangan itu kerap memutuskan cinta dan kemudian, menyambung semula hubungan mereka.

Bagaimanapun difahamkan, kali ini mereka benar-benar serius untuk tidak menjalinkan hubungan lagi.

Artikel Lain