suria

Sulli (FX) Mengaku Bercinta Dengan Choiza (Dynamic Duo)

Sulli dan Choiza akhirnya mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

SELEPAS hampir setahun cuba mengelak daripada menjawab mengenai gosip percintaan dengan Choiza dari kumpulan Dynamic Duo, anggota FX iaitu Sulli akhirnya mengesahkan desas-desus berkenaan.

Soompi melaporkan, Sulli menerusi pihak pengurusannya iaitu SM & Amoeba Entertainment berkata, dia berharap para peminatnya dan Choiza merestui hubungan tersebut dan dia tidak berniat untuk merahsiakan percintaan mereka kepada umum.

"Saya minta maaf kerana tidak menceritakan hal sebenar lebih awal dan membuatkan anda (peminat) tertanya-tanya mengenai status kami berdua.

"Apa yang boleh saya katakan kami sedang serius bercinta dan berharap peminat akan memberikan restu," katanya.

Paparazzi berjaya merakamkan gambar pasangan itu yang dilihat keluar bersama baru-baru ini.


Choiza juga tampil membuat penjelasan dengan memberitahu mereka memilih untuk berdiam diri daripada membicarakan soal hubungan mereka sebelum ini kerana inginkan privasi.

Bagaimanapun Choiza mengakui pilihan tersebut telah menyebabkan ramai pihak salah faham selain mewujudkan banyak spekulasi negatif terhadap mereka berdua.

"Saya fikir lebih baik berdiam diri tetapi ia menjadi lebih sensasi sehingga ia tidak terkawal dan sebab itu juga kami tampil memberikan penjelasan tentang kedudukan sebenar hubungan kami," katanya.
Sulli, Choiza, FX, Dynamic Duo.

Artikel Lain