MESKIPUN sudah beberapa bulan berlalu, gosip cinta antara Taeyeon (Girls Generation) dan Baekhyun (EXO) masih lagi menjadi bualan ramai sehingga kini. Bagaimanapun, Taeyeon dan Baekhyun tidak lagi dilihat bersama malah tidak menunjukkan kemesraan jika mereka berada di satu lokasi yang sama. Baru-baru ini, tiga ahli Girls Generation iaitu Taeyeon, Tiffany dan Seohyun telah menghadiri ke sidang media OnStyle, The TaeTiSeo, sebuah program realiti yang memaparkan aktiviti harian mereka. Para wartawan sempat bertanya adakah mereka turut memperlihatkan sisi kehidupan peribadi dalam program berkenaan. "Dalam program ini, penonton akan melihat bagaimana persiapan album baru kami. Kami ingin menunjukkan gaya fesyen yang digemari masing-masing. "Selain itu, aktiviti harian kami juga tetap akan dipaparkan. Cuma, walaupun ia sebuah program realiti, saya rasa tidak perlu untuk kita berkongsi berkaitan hal peribadi," kata Taeyeon kepada Soompi.