PENYANYI Psy dilaporkan akan mengadakan persembahan istimewa acara pembukaan Sukan Asia Incheon 2014 pada 19 September ini di Korea Selatan. Menurut laporan The Korea Herald, Psy akan muncul pada segmen akhir upacara pembukaan itu di Stadium Utama Incheon bersama beberapa lagi nama terkenal dari negara berkenaan. Psy mencipta nama di peringkat dunia pada tahun 2012 apabila lagu nyanyiannya berjudul Gangnam Style diminati ramai. Big Bang akan mengadakan persembahan pada acara penutup Sukan Asia Incheon 2014. Dalam pada itu, kumpulan Big Bang pula akan tampil pada acara penutup sukan berprestij itu yang dijangka akan diadakan pada 4 Oktober depan. Pihak pengurusan Big Bang iaitu YG Entertainment turut mengesahkan kumpulan itu bakal memeriahkan Sukan Asia Incheon 2014. Selain Incheon, Korea Selatan pernah menjadi tuan rumah kepada sukan tersebut di Seoul pada 1986 dan Busan pada 2002.