PENYANYI kumpulan 2NE1 iaitu Park Bom kini berani tampil di khalayak selepas isu penyeludupan ubat terlarang mulai reda. Media Korea Selatan, Dispitch menyiarkan beberapa keping gambar wanita itu ketika berada di lapangan terbang Incheon. Ketika itu penyanyi lagu Come Back Home tersebut ingin ke Singapura bagi menghadiri sebuah konsert YG Family. Park Bom kelihatan santai mengenakan baju berwarna biru dengan berkaca mata hitam.