ANGGOTA Super Junior iaitu Kyuhyun menceritakan kisah lucu dan memalukan temannya yang juga anggota kumpulan berkenaan iaitu Eunhyuk pada satu program televisyen popular Star Gizing. Kedua-dua mereka yang menjadi tetamu akhir program itu bergurau sambil mendedahkan pernah ternampak Eunhyuk mencuci ketiaknya di dalam tandas sebuah stesen televisyen. Kyuhyun mengakui perkara yang tidak disengajakan itu membuatkan dia sentiasa teringat-ingat terutama apabila memandang wajah rakannya itu. "Setiap kali saya terpandang wajah dia, pasti saya akan ingat apa yang dilakukan di dalam tandas itu," ujarnya. Eunhyuk yang juga anggota termuda kumpulan itu hanya mampu ketawa dengan pendedahan tersebut.