PENAMPILAN baru Ailee menerusi album mini Magazine menarik perhatian ramai apabila penyanyi itu tampil dengan lebih langsing. Menurut laporan Allkpop, pada persembahan Ailee di Ilchi Art Hall, Cheongdamdong baru-baru ini, dia turut mendedahkan rahsia penurunan berat badannya. "Saya hanya makan makanan dalam jumlah 500 kalori untuk sehari. Dalam masa sebulan sahaja, saya berjaya menurunkan 10 kilogram," katanya. Tambah Ailee, dia benar-benar menjaga pemakanannya dan pada masa sama bersenam untuk tampil lebih kurus. "Bagaimanapun, apabila berat badan saya kurang, stamina pula menjadi lemah. Persembahan vokal juga kurang mantap," ujarnya.