suria

Nekad Tinggalkan EXO, Luhan Saman Syarikat Pengurusan

Luhan mendakwa SM Entertainment melayannya seperti robot dan menyekat kebebasannya.

ANGGOTA kumpulan EXO iaitu Luhan nekad meninggalkan band tersebut selepas menghantar notis saman kepada pihak pengurusannya, SM Entertainment pada Jumaat.

Portal Soompi melaporkan menerusi saman itu, Luhan, 24, mendakwa syarikat pengurusan berkenaan melayannya seperti robot dan mengawal kehidupannya.

Bagaimanapun, SM Entertainment masih belum mengesahkan kepada media sama ada sudah menerima notis saman berkenaan atau pun tidak.

"Dia berat hati tetapi nekad dengan keputusannya itu," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Gosip tentang keputusan Luhan itu bukan perkara baharu sebaliknya ia sudah kecoh di kalangan peminatnya.

Sejak akhir-akhir ini kumpulan EXO dilanda pelbagai masalah dan kontroversi.



Bagaimanapun ketika itu, Luhan kononnya ingin meninggalkan EXO kerana mengalami masalah kesihatan yang agak teruk sehingga memaksanya berehat.

Terdahulu, EXO baharu sahaja kehilangan salah seorang anggotanya iaitu Kris Wu yang ingin bergerak secara solo demi meneruskan karier dalam bidang lakonan.

Pengunduran Kris daripada EXO menimbulkan kekecohan apabila pihak SM Entertainment membawa kes itu ke mahkamah dan ia masih lagi dalam perbicaraan.

Kris dan Luhan yang berasal daripada China sama-sama menyertai kumpulan terkenal Korea Selatan itu tiga tahun lalu.
Luhan, SM Entertainment, EXO.

Artikel Lain