BARU-BARU ini anggota kumpulan 2NE1, Minzy telah melakukan sesuatu yang mengejutkan apabila nama akaun Instagram miliknya telah diubah dengan membuang angka '21'. Tindakan itu menyebabkan timbulnya gosip dia telah meninggalkan kumpulan berkenaan. Bagaimanapun menurut laporan Soompi, syarikat pengurusan kumpulan itu, YG Entertainment menafikan khabar angin tersebut. "Gosip pembubaran 2NE1 adalah palsu. Diharap pihak luar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan. "Tambahan pula 2NE1 kini sedang sibuk dengan konsert jelajah All Or Nothing yang sedang dijalankan," kata wakil syarikat pengurusan itu. Terdahulu, sejak akhir-akhir ini timbul satu demi satu khabar berita mengenai kumpulan KPop seperti SNSD dan MBLAQ yang mengalami masalah. Bagimanapun sehingga kini, tiada pengesahan yang dibuat daripada syarikat pengurusan dua kumpulan tersebut berhubung isu itu.