SELEPAS berpisah dengan Chris Martin, aktres Gwyneth Paltrow tidak pernah pun dilihat sedih atau bermuram. Dan kerana itu ramai yang menganggapnya sebagai wanita yang kuat. Bagaimanapun, menurut laporan Entertainment Wise, bintang filem Iron Man itu bukanlah sekuat yang disangka kerana dia sebenarnya sedih dengan perpisahan antaranya dengan Chris yang berlaku pada April lalu. Tambah pula kini Chris sedang berbahagia dengan pasangan barunya, Jennifer Lawrence. "Gwyneth sebenarnya benar-benar terluka. Dia sering menangis dan meratapi semua perkara yang terjadi padanya. "Dia tahu Chris akan tinggal berdekatan dengannya demi anak-anak, namun saat dia tahu lelaki itu kini bersama Jennifer, hatinya berasa sedih," kata sumber. Selepas khabar angin tersebut beredar, jurucakap Gwyneth pula menafikan aktres itu sedang sedih. Difahamkan Gwyneth dan Chris masih lagi tinggal bersama sehingga mereka bercerai secara rasmi.