Menurut portal Koreaboo, Shindong akan melaporkan diri dalam perkhidmatan itu pada 25 November ini.
Penyertaannya dalam latihan ketenteraan itu menyebabkan dia terpaksa meninggalkan hasrat untuk bersama-sama kumpulan berkenaan dalam konsert terbaharu mereka iaitu Super Show 6.
Penyanyi itu akan menjalani latihan di Kyeongki-do Euijungbu Replacement Reserve #306 selama lima minggu sebelum diserap sebagai anggota tentera sebenar untuk tempoh 21 bulan.