NAMPAKNYA jalinan kasih antara Iggy Azalea dan Nick Young semakin serius apabila mereka dikhabarkan akan memberi sebuah kediaman untuk tinggal bersama.
Menurut laporan Dailymail, Iggy dan Nick begitu meminati kediaman Selena yang terletak di Los Angeles dan mereka merancang untuk membelinya dengan harga USD 3.45 juta (RM11.5 Juta).
"Iggy benar-benar menyukai kediaman tersebut apabila konsep hiasannya pula ala Mediterranean dan rekaan dalaman yang dianggap luar biasa," kata sumber.
Sebelum ini, Nick pernah meluahkan ingin berkahwin segera dengan Iggy namun tidak memberitahu secara terperinci mengenai tarikh perkahwinan mereka.