DRAMA hubungan penyanyi remaja Justin Bieber dan Selena Gomez tidak pernah tamat. Terbaharu penyanyi lagu Baby itu dikhabarkan tidak lagi menjadi pengikut akaun Instagram milik kekasihnya itu. Seperti dilapor E! Online, perkara tersebut menjadi tanda tanya kerana sebelum ini Justin tetap bertahan menjaga hubujngan mereka biarpun dihimpit pelbagai kontroversi buruk. Malah, minggu lalu, Selena berkata dia sentiasa menyokong kerjaya Justin biarpun mereka kini tidak bersama lagi. "Saya akan selalu menyokong dia," tulis Selena pada gambar yang dimuat naik baru-baru ini. Hubungan pasangan ini dikhabarkan sukar diramal kerana beberapa bulan lalu dikatakan sudah kembali bersama semula.