suria

Ashanty Tidak Sabar Menantikan Kelahiran Anak Sulung

Anang dan Ashanty tidak sabar menantikan kelahiran anak sulung.

BEBERAPA bulan lagi, penyanyi Indonesia Ashanty akan dikurniakan anak sulung dan isteri kepada Anang Hermanshah itu berharap proses kelahiran yang bakal dijalani itu adalah secara normal.

"Mudah-mudahan kelahiran anak sulung ini normal dan bukannya secara pembedahan. Apapun yang penting saya harap tiada sebarang komplikasi serius yang perlu dilalui nanti," katanya kepada portal Kapanlagi.

Ashanty dengan nada gurau turut bertanya kepada Anang adakah dia dibenarkan mencakar suaminya ketika sedang rasa  sakit untuk bersalin.

"Nanti saya cakar dan pukul boleh ya?" tanya Ashanty kepada Anang.

"Boleh, kesakitan kamu pastinya lebih daripada apa yang kamu ingin lakukan pada saya," jawab Anang.

Ashanty

Artikel Lain