suria

Mina (AOA) Diselar Peminat Ketika Bapa Meninggal Dunia

Mina dikritik bersikap tidak profesional hanya kerana dia membatalkan persembahan ekoran kematian bapanya pada Sabtu lalu.

PEMINAT ahli kumpulan AOA iaitu Mina bertindak diluar batasan apabila melabelkan penyanyi itu sebagai tidak profesional apabila terpaksa membatalkan kemunculannya dalam beberapa persembahan ekoran kematian bapanya pada Sabtu lalu.

Soompi melaporkan Mina berbuat demikian kerana menghormati pemergiaan bapanya selepas bertahun-tahun melawan kanser selain ingin menghabiskan masa bersama keluarganya.

"Adakah bapa anda akan hidup semula sekiranya persembahan dibatalkan? Sebaiknya anda terus menghilangkan diri dan tidak perlu kembali ke dunia hiburan. Sikap anda tidak profesional," kata salah seorang pengikutnya di laman Weibo.

Bagaimanapun rata-rata peminat Mina bersimpati dengan kematian bapanya dan meminta agar penyanyi itu terus tabah dan kuat menghadapi dugaan tersebut.

"Kami sayangkan anda Mina. Bertabahlah dengan dugaan ini," kata peminatnya.

Pihak pengurusannya FNC Entertainment turut memberitahu selain kemunculan bersama peminat jadual penggambaran drama Modern Farm juga disusun semula bagi menghormati kematian bapa Mina.

Mina, AOA.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain