suria

Kang Sora Belanja 70 Krew Makan Ayam Goreng

Gambar Kang Sora ketika meraikan semua krew dan pelakon selepas tamat penggambaran drama bersiri Misaeng.

KANG Sora menunjukkan kebaikan hatinya apabila membelanja 70 krew termasuk pelakon makan malam bersempena tamat penggambaran drama bersiri Misaeng.

Soompi melaporkan Kang Sora menempah keseluruhan sebuah restoran menjual ayam goreng yang menjadi kegemaran masyarakat di Korea Selatan.

"Selama empat bulan kami semua bertungkus-lumus menyiapkan drama ini dan makan malam ini adalah untuk menghargai semua usaha keras mereka semua sepanjang tempoh itu.

"Kebetulan restoran ayam goreng berdekatan dengan lokasi terakhir penggambaran dan semua orang teringin untuk makan ayam," katanya.

Kata pelakon berusia 24 tahun itu, makanan dapat menyatukan mereka semua dan pada majlis itu mereka semua gembira dan saling bertukar pengalaman sepanjang berada di set penggambaran.

"Ia bukan sahaja mengenai makanan tetapi ini adalah cara untuk kami saling berkumpul dan bertukar cerita dan pengalaman. Ia menyeronokkan," jelasnya.

Kang Sora, Misaeng.

Artikel Lain