suria

Jo Kwon (2AM) Dedah Dijangkiti Virus 'Norovirus'

PENYANYI Jo Kwon (2AM) mendedahkan melalui laman sosial Twitter miliknya pada Isnin bahawa dia kini sedang menderita akibat dijangkiti virus Norovirus.

Ujarnya, penyakit tersebut sukar untuk pulih biarpun dia sudah mendapatkan rawatan perubatan.

"Semalam adalah malam yang sangat menyakitkan sepanjang hidup ini. Saya dijangkiti penyakit Norovirus dan sukar untuk pulis biarpun sudah menjaga kesihatan dengan baik," tulisnya.

Norovirus merupakan penyakit disebabkan jangkitan virus yang menyebabkan perut dan usus meradang. Pesakit akan mengalami sakit perut, loya dan muntah-muntah.

Sementara itu, peminat-peminatnya menghantar pesanan di twitter milik penyanyi itu agar cepat pulih seperti sediakala.

"Norovirus sangat mengerikan, semoga kamu cepat sembuh. Ibu saya pernah mengalami penyakit tersebut," ujar peminat.
Jo Kwon

Artikel Berikut

Artikel Lain