PENYANYI Rihanna tidak akan berpacaran dengan penyanyi rap berikutan kegagalan hubungannya dengan Chris Brown dan Drake sebelum ini. Hollywood Life melaporkan Rihanna, 26, bimbang perasaannya dipermainkan dan tidak terfikir untuk mencari teman hidup sekurang-kurannya dalam masa terdekat ini. "Dia sudah serik malah tidak akan mendekati mana-mana penyanyi rap lagi selepas ini kerana bimbang akan dikecewakan seperti mana sebelum ini. "Penyanyi rap hanya membawa kepada kekecewaan dan kesakitan kepadanya," kata sumber terdekat penyanyi itu. Dalam pada itu, sumber berkenaan turut memberitahu Chris dan Drake mempunyai sikap serupa iaitu kebudak-budakkan dan tidak mempunyai masa untuk membimbing lelaki seperti itu. "Dia telah melaluinya dua kali dan ia tidak berhasil. Rihanna tiada masa untuk melayan sifat kebudak-budakkan seperti mereka," ujarnya.