PENYANYI dan komposer Ahmad Dhani menempelak Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menerusi laman Twitter hanya kerana tidak berpuas hati dengan kesesakan lalu lintas di Jakarta yang semakin buruk. Kapan Lagi melaporkan Ahmad Dhani dikatakan berang apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas baru-baru ini dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Jokowi. Luahannya itu segera mendapat pelbagai maklum balas daripada para pengikutnya yang ada diantaranya bersetuju dengan kenyataan Ahmad Dhani dan ada juga berpendapat sebaliknya. Jokowi Bagiamanapun luahan itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana Ahmad Dhani sebelum ini lantang memberitahu dia tidak menyokong Jokowi sebagai Presiden Indonesia sebaliknya pro kepada Prabowo Subianto pada pilihan raya negara itu pada Julai tahun lalu. Malah Ahmad Dhani juga pernah memberitahu akan memotong alat sulitnya sekiranya Jokowi menang sebagai Presiden. Bagaimanapun, selepas kemenangan Jokowi, Ahmad Dhani tidak mengakui membuat kenyataan tersebut di laman sosial itu.