PELAKON dan penyanyi Jennifer Lopez menyangkal laporan yang menyebut dia kembali menagih cinta bekas teman lelakinya, Casper Smart. Daily Mail melaporkan, Jennifer, 45, menjelaskan dia kini gembira dengan kehidupan solo dan tidak bercadang untuk mencari pengganti dalam masa terdekat. Jennifer menjelaskan kehidupan solo membuatkan dia lebih bebas selain dapat memberi fokus kepada kerjaya dan anak kembarnya, Max dan Emme. Juri program American Idol itu kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharunya The Guy Next Door yang turut memperlihatkan dia bertindak sebagai penerbit.