Yolanda, 51, berkata, dia sedang mendapatkan pelbagai rawatan untuk sembuh sepenuhnya dan kembali aktif dalam dunia hiburan.
"Saya kehilangan kemampuan untuk membaca, menulis, malah menonton televisyen kerana tidak mampu untuk memproses maklumat tersebut.
"Saya sudah menghabiskan masa setahun untuk mengetahui tentang penyakit ini dan mencari ubat yang sesuai. Namun sayangnya hanya 60 peratus sahaja yang pulih," ujarnya.
Gejala utama penyakit tersebut ialah mengalami sakit kepala, sakit bahagian punggung. Penghidapnya boleh lumpuh selain kerosakan jantung.