Acara tersebut adalah bagi beramah mesra dengan peminat-peminat yang menyokong kerjayanya selama ini.
Jumlah jemputan 1,970 adalah diambil sinonim dengan tajuk filem itu iaitu Gangnam 1970, ia juga akan menggunakan tema sekitar tahun 70-an.
Acara itu juga turut dimuatkan dengan kutipan derma kepada Holt Children's Welfare.
"Idea ini adalah daripada Lee Min Ho sendiri iaitu untuk mengembalikan cinta kepada peminat-peminatnya. Sambil bergembira mereka juga akan beramal dengan menghulurkan sumbangan kepada badan kebajikan terpilih," ujar pengurus majlis tersebut.