Malah agensi berkenaan turut dilaporkan berkata, pihak mereka sukar mendapatkan kerjasama denagn Clara kerana status kesibukannya sebagai artis.
Banyak tuduhan diperkatakan apabila kedua-dua pihak gagal menyelesaikan kes berkenaan selepas laporan pertama dibuat kononnya ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkenaan melakukan gangguan seksual terhadap Clara.
Clara dalam penafiannya kepada Polaris Entertainment berkata, pihaknya tidak dipanggil oleh polis untuk menjalankan siasatan.
"Kami percaya, kenyataan dan tuduhan yang dibuat oleh Polaris Entertainment itu adalah satu penipuan," kata Clara.
Wanita itu telah membatalkan kontraknya dengan Polaris Entertainment kerana CEO syarikat berkenaan menganggunya secara seksual pada September 2014. – koreaboo.com