PENYANYI Ariana Grande yang baharu sahaja melancarkan video muzik lagu berjudul One Last Time. Video muzik yang menceritakan tentang Ariana mencari jalan keluar dari serangan meteor itu dituduh memplagiat sebuah muzik video sebuah kumpulan muzik indie dari Australia, Safia. Kumpulan itu mendakwa Ariana dan produksinya telah menciplak jalan cerita dari video mereka berjudul You Are The One. Dilaporkan Digital Spy, menerusi laman Facebook kumpulan itu, mereka mendakwa salah seorang anggota produksi Ariana telah menonton video mereka dan mengambil idea serta konsepnya. "Ini mungkin sebuah kebetulan, tapi bagi kami ini ia seperti salah seorang dari label atau produksi penyanyi itu telah menonton video muzik kami dan menirunya dengan menambah bebeapa idea. "Yang paling sama ialah pada bahagian akhir lagu itu," tulis mereka. Dalam video muzik tersebut Ariana Grande berlari-lari mencari jalan keluar, hal yang lebih kurang sama juga ada di video muzik milik Safia yang dilancarkan pada sekitar November tahun lalu. Manakalan bahagian akhir yang dimaksudkan ialah Ariana dan kekasihnya bercium diiringi latar belakang komet yang sedang jatuh ke bumi. Adegan itu telah diterapkan dalam video Safia terlebih dahulu. Bagaimanapun, hingga kini pihak Ariana sendiri, mahupun pengarah video muzik itu Max Landis belum memberi keterangan tentang tuduhan plagiat tersebut.