BEKAS anggota kumpulan Roo’ra iaitu Ko Young Wook dijadualkan akan dibebaskan dari penjara pada 10 Julai depan. Koreaboo.com melaporkan, Ko Young Wook mempunyai masa kira-kira lima bulan lagi untuk dibebaskan dan dia turut dilaporkan bersikap baik semasa dalam tempoh penahanan. “Dia tidak menimbulkan masalah semasa di dalam tahanan. Dan jika dia terus berkelakukan baik, pastinya dia akan dibebaskan pada Julai depan,” kata sumber. Pada 2013, sebuah mahkamah di Korea Selatan telah menjatuhi hukuman penajra selama dua tahun terhadap Ko Young Wook kerana didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap anaknya yang masih bawah umur. Ko Wook Young sedang menjalani hukuman di penjara Anyang di Seoul, Korea Selatan.