suria

Park Min Young Takut Untuk Kembali Bercinta

Park Min Young sebelum ini pernah bercinta dengan aktor kacak, Lee Min Ho.

PELAKON Park Min Young mengakui dia takut untuk kembali menjalinkan hubungan cinta selepas percintaannya dengan aktor Lee Min Ho gagal beberapa tahun lalu.

Soompi melaporkan Min Young bimbang sekiranya perhubungan itu tidak akan berjaya yang pada akhirnya memberi kesan mendalam kepada dirinya.

"Saya akui memang takut untuk memulakan sesuatu hubungan kerana untuk melupakan kisah dahulu cukup sukar.

"Kini untuk memulakannya kembali membuatkan saya bimbang adakah ia mampu kekal atau pun tidak," katanya.

Bagaimanapun kata Min Young, soal itu tidak membuatkannya tertekan kerana dia juga kini tidak mempunyai masa untuk perkara peribadi dan sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.

"Jadual saya memang sentiasa padat dan saya tidak melihat perkara itu sebagai negatif kerana ia sedikit sebanyak membuatkan saya lupa tentang soal percintaan," katanya.

Park Min Young, Lee Min Ho.

Artikel Lain