suria

Britney Spears Rancang Kahwin Lepas Empat Bulan Bercinta

PENYANYI Britney Spears merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya Charlie Ebersol yang baharu dikenali empat bulan lepas.

Daily Mail melaporkan, Britney berkata dia amat mencintai Charlie walaupun hanya empat bulan berkenalan.  

Charlie juga merancang untuk berkahwin dengan Britney dan membawa hubungan percintaan mereka pada satu tahap yang lebih serius.
 
"Hubungan yang terjalin selama empat bulan merupakan detik yang sangat indah kepada kami berdua walaupun masa empat bulan itu adalah sangat singkat untuk mengenali antara satu sama lain," katanya seperti dilaporkan Soompi.  

Malah Charlie dikatakan telah mempunyai hubungan yang akrab dengan anak-anak penyanyi itu.

Namun, hingga kini masih belum ada tarikh tetap untuk perkahwinan itu.

Britney Spears

Artikel Lain